Apa itu Titik Pulang Modal (TPM)
Iaitu, jumlah jualan yang paling minimum perlu anda capai supaya perniagaan yang anda usahakan tidak untung dan tidak pula rugi. Maknanya, setelah tolak kesemua kos jualan, tolak kos tetap, tak ada lagi baki untuk disimpan dalam akaun bank syarikat anda.
Sekali pandang, nampak macam kerja sia-sia.
Apa
Titik Pulang Modal (TPM) atau istilah yang mudah
difahami adalah Balik Modal .
Perniagaan
tidak membuat keuntungan dan tidak mengalami kerugian.
Titik Pulang Modal biasanya dilihat berdasarkan kepada berapa jumlah
unit ataupun jumlah jualan yang perlu anda lakukan untuk mencapai tahap pulang
modal bergantung kepada harga jualan yang ditetapkan anda. kes berniaga macam
itu. Satu senpun bisnes tak buat untung!.
Sebelum anda buat anggapan macam itu. Lihat semula
macam mana anda kira tadi. Walaupun bisnes anda lansung tak ada baki,
sekurang-kurangnya, gaji untuk anda sendiri sebagai pemilik bisnes dah selesai.
Boleh tunaikan semua tanggungan yang ada untuk teruskan kehidupan tanpa
tekanan.
Hampir separuh dari usahawan tak sedar selama ini
bisnesnya rugi !. Tak payah nak cakap pasal gaji Taukeh. Memang tak pernah
dapat tetappun dan sentiasa kurang daripada jumlah yang diharapkan.
Antara kesilapan paling popular adalah, tak
tentukan gaji tetap Taukeh.
Sebab itu saya sarankan sangat, supaya anda
tentukan terlebih dahulu keperluan gaji tetap anda. Supaya anda dapat pastikan
Kapten kapal tak kojol terlebih dahulu. Kalau kapten tak kojol, maka peluang
untuk kapal terus belayar adalah jauh lebih tinggi.
Dengan tentukan gaji tetap
taukeh juga, anda mula tetapkan sasaran yang betuk ke arah pembinaan syarikat
supaya boleh pergi lebih jauh. Dalam masa yang sama melatih diri berdisiplin
kawal perbelanjaan peribadi jangan sampai terlajak dan ikut perasaan.
Cara mudah
cari titik pulang modal
Anda
boleh mengira jumlah jualan minimum perlu dicapai (Titik Pulang Modal) dengan
ambil jumlah Kos Tetap perniagaan anda tadi.
Titik Pulang Modal = (Kos Tetap) x 2
Katakan setelah dikira, anda perlu bayar segala kos
tetap perniagaan anda sebanyak RM12,450
RM12,450 x 2 = RM24,900
Dari kiraan kat atas tu, maka jumlah jualan yang
perlu anda capai setiap bulan adalah RM24,900 ke atas. Nak mudahkan urusan,
genapkan saja jumlah tu jadi RM25,000
Itu formula
mudah macam mana nak kira Titik Pulang Modal bisnes yang anda buat
sekarang. Syaratnya adalah pastikan anda dapat Margin Untung Kasar 50% berbanding jumlah jualan.
Saya dah terangkan betapa
pentingnya untuk pantau dengan apa saja cara supaya bisnes yang anda buat boleh
capai untung kasar separuh dari jumlah jualan.
Itu panduan cara saya. Mungkin sekolah bisnes lain berbeza
caranya.
Tapi kalau saya punya cara, itulah yang akan jadi pedoman untuk
tentukan samada sesebuah perniagaan itu, saya nak teruskan atau tidak. Kalau
mustahil untuk buat margin untung kasar 50%, saya akan tidak berminat dengan
bisnes tersebut.
Untuk yang baru nak berbisnes, lebih mudah dan selamat pakai cara
itu. Tapi kalau anda dah ada modal banyak. Duit melimpah-limpah dalam bank, tak
kisah kalau untung kasar nipis pun.
Berusaha dan pantau sampai capai titik pulang modal
Bila dah tahu yang anda perlu pastikan jumlah
jualan perlu sentiasa lebih dari RM25,000 macam contoh kat atas tadi, maka
berusahalah sehingga capai sepantas mungkin.
Kat situlah bermulanya peranan penting untuk
mantapkan segala strategi Pemasaran & Jualan perniagaan yang anda jalankan.
Fahamkan proses pemasaran dan jualan. Buat aktiviti pemasaran dan jualan. Dan
paling penting, ukur keberkesanan setiap usaha yang anda lakukan.
Mana yang berkesan teruskan. Mana yang tidak berkesan,
perlukan perubahan sampai ianya berkesan. Anda perlu pantau setiap hari dengan
lihat hasil jualan yang berjaya dicapai. Kita lihat contoh jumlah jualan RM25
ribu yang perlu dicapai seperti kes kat atas tadi.
- Anda
perlu capai jumlah jualan dari 1 haribulan ke 30 haribulan sebanyak RM25,000.
- Ertinya,
dari 1hb sampai 15hb, jualan anda perlu capai RM12,500
- Dari 1hb
hingga 7hb (seminggu) jualan anda perlu ada RM6,250
- Sehari (dengan andaian anda berniaga 6 hari seminggu), anda perlu
capai jualan sebanyak RM1,042
- Dari
pukul 8 pagi anda mula berniaga sampai tengahari, jualan mesti
ada dalam tangan sebanyak RM521
Kalau anda buat macam itu punya pemantauan.
Betulkan setiap kali tak berjaya capai, dengan usaha yang lebih baik. Maka
insyaallah akan ada hasilnya. Malah boleh dijadikan SOP perniagaan anda itu
untuk diajar pula kepada orang bawah yang menguruskan perniagaan anda.


Comments
Post a Comment