SENARAI PINJAMAN PERNIAGAAN 2020

Sama ada anda usahawan baru atau lama pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi membantu usahawan membangunkan perniagaan.

Usahawan yang baru memulakan perniagaan pasti memerlukan suntikan modal yang banyak. Begitu juga bagi usahawan lama yang ingin memgembangkan perniagaan sedia ada memerlukan suntikan kewangan baru.

Berikut beberapa agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai bentuk pinjaman bagi usahawan:

1.    AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

 
Bagi usahawan berusia 18 tahun keatas dan pendapatan isi rumah dibawah RM3855 sebulan. Terdapat 7 skim yang ditawarkan dengan pinjaman sehingga RM30,000.
Sila layari amanah ikhtiar 

2.    TEKUN NASIONAL


Menyediakan kemudahan pembiayaan secra mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan atau memajukan perniagaan.
Antara skim pembiayaan yang ditawarkan adalah:
a.Tekun Niaga
b.Teman Tekun
c.Ar-Rahnu Tekun
d.Kontrak-i Tekun
e.Temanita Tekun
f.SPMUI (Khusus untuk kaum India)
g.Pinjaman Program Khas

Pinjaman disediakan bermula RM10000 hingga RM100000 dengan pembayaran balik sehingga 10 tahun.
Sila layari Tekun Nasional 

3.    MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Tawaran pinjaman perniagaan MARA khusus untuk bumiputera sahaja.Terdapat pelbagai jenis skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan antaranya ialah:
a.Skim Pembiayaan Perningkatan Perniagaan (SPiM)
b.Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
c.Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
d.Skim Pembiayaan Perniagaan lepasan IPMa (SEMAi)
e.Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM)
f.Skim Pembiayaan Usahawan Global Mara-Exim (GEMS)

Sila layari MARA untuk maklumat lanjut.

4.    PERMODALAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)


Yang menarik dengan agensi ini adalah mereka bukan sahaja menawarkan pinjaman kepada usahawan semata-mata tetapi juga ilmu dan latihan kepada peminjam-peminjam mereka.

Sila layari PUNB untuk maklumat lanjut.

5.    HIJRAH SELANGOR


Bantuan perniagaan yang disediakan oleh agensi kerajaan negeri Selangor. Satu inisiatif untuk membantu dikalangan peniaga kecil.
Skim ini menawarkan skim hijrah selangor zero to hero dan juga skim pinjaman mikro kredit

Sila layari HIJRAH untuk maklumat lanjut.

6.    DANA TERAS TERAJU
Dana ini khusus untuk syarikat yang berada dibawah program Syarikat Bumiputera Berpretasi Tinngi (TERAS).Ia bertujuan memudahkan pengembangan syarikat dibawah program TERAS. Pembiayaan dibawah dana TERAS ini adalah untuk pembiayaan modal kerja dan pembelian aset.

Sila layari  DANA TERAJU untuk maklumat lanjut

Semoga perkongsian ini dapat membantu usahawan yang memerlukan dan mencari-cari agensi untuk mendapatkan pembiayaan.

Anda boleh hubungi kami di :
http://rrcorporatemgt.wassap.my/
e-mail:rrcorporatemgt@gmail.com 
untuk keterangan lebih lanjut.
Like & Follow page kami di:
Facebook :https://www.facebook.com/rrcorporatemgt/
Instagram:https://www.instagram.com/rrcorporatemgt/
Blogspot: rrcorporatemgt.blogspot.com
#rrcorporatemgt #perakaunan #pencukaian #konsultanperniagaan #pengauditan #pendaftaransyarikat #payroll #smeloan

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Titik Pulang Modal (TPM)

Perkhidmatan Perakaunan