Inisiatif PENJANA untuk Usahawan

Kerajaan melalui pelan PENJANA menawarkan pelbagai jenis-jenis pembiayaan kepada para peniaga bagi membantu survival dalam masa kesusahan.

❤️Skim Pembiayaan PKS PENJANA❤️
Sektor perbankan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS PENJANA. Pembiayaan ini boleh dipohon dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.
Kerajaan juga menawarkan pembiayaan RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah   bagi menggalakkan PKS beralih ke arah perniagaan digital atau dalam talian.

๐ŸคŽSkim Pembiayaan Pelancongan PENJANA๐ŸคŽ
Sebanyak RM 1 bilion pembiayaan ditawarkan kepada PKS dalam sektor pelancongan bagi membantu mereka agar terus berdaya saing.

๐Ÿ’œSkim Pembiayaan Mikro PENJANA๐Ÿ’œ
Sebanyak RM 400 juta diperuntukan dengan peruntukan RM 50 juta dikhaskan untuk usahawan wanita. Pembiayaan Mikro ini boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional dan TEKUN.

๐Ÿ’šSkim Pembiayaan Syarikat Bumiputera๐Ÿ’š
Pembiayaan sebanyak RM 500 juta akan diberikan kepada syarikat Bumiputera iatu sebanyak RM 300 Juta ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan RM 200 Juta melalui MARA.

๐ŸงกSkim Pembiayaan Kontraktor : SME-GO๐Ÿงก
Pembiayaan melalui SME Bank akan diberikan kepada kontraktor Gred G2 dan G3 yang berkelayakan dan telah mendapat projek di bawah PRIHATIN. Pembiayaan ini tiada cagaran atau deposit perlu disediakan.

๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†๐Ÿ”†
Anda Peniaga atau usahawan di sektor mana? Anda boleh mula membuat persediaan dokumen dan mula membuat permohonan pembiayaan mengikut kesesuaian bidang anda.
 ๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…๐Ÿ”…
Anda boleh hubungi kami di :
+6016-3473294
http://rrcorporatemgt.wassap.my/
e-mail:rrcorporatemgt@gmail.com 
untuk keterangan lebih lanjut.
Like & Follow page kami di:
Facebook :https://www.facebook.com/rrcorporatemgt/
Instagram:https://www.instagram.com/rrcorporatemgt/
#rrcorporatemgt #perakaunan #pencukaian #konsultanperniagaan #pengauditan #pendaftaransyarikat #payroll #smeloan

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Titik Pulang Modal (TPM)

Perkhidmatan Perakaunan

SENARAI PINJAMAN PERNIAGAAN 2020